As Salam.

Assalamualaikum sahabat yg dirahmati Allah semoga Allah sentiasa meredhai kita semua diampunkan segala dosa dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat dan dijauhkan dari nerakanya.Aamiin

ْSayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “lima jenis doa yang akan diterima secara khusus, doa seseorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindakan balas, doa orang yang menunaikan haji selagi dia belum kembali, doa seorang mujahid selagi dia belum pulang, doa seorang yang sakit selagi dia tidak sembuh dan doa seseorang untuk saudaranya di luar pengetahuan saudaranya itu,” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Antara kesemua doa itu, doa yang paling cepat diterima ialah doa seseorang untuk saudaranya di luar pengetahuan saudaranya.”
(Baihaqi)

Sayyidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiga doa diterima secara khusus dan tidak ada sebarang syak dalam penerimaan doa-doa ini, doa seorang bapa (untuk anak-anaknya), doa seorang musafir dan doa seorang yang dizalimi.”
(Abu Daud)

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين ْ

Janji.

Assalamualaikum

*Kisah Suami Isteri-Hingga Ke Akhir Hayat*

❤Sebelum berumahtanga mereka tidak pernah bercinta. Hanya sekali pernah bersua muka. Setelah tahu si gadis itu anak siapa.

Si pemuda segera memberitahu pihak keluarga. Akhirnya pinangan di terima. Setelah itu tibalah masa mereka hidup berumahtangga.

Segala cabaran hidup di hadapi bersama. Susah senang di lalui bersama tanpa sedikit pun keluhan. Bahkan pasangan ini bersyukur dengan apa yang ada. Hidup lah pasangan ini hingga lahir lah sepuloh orang anak. Dengan sabar mereka membesarkan anak2 mereka dengan penuh kasih sayang.

Setelah sekian lama. Anak anak pasangan ini telah meningkat dewasa. Hingga kesemuanya telah selamat berumahtangga. Dan kini pasangan ini menikmati saat2 kegembiraan bersama cucu- cucu tersayang. Cucu2 nya ini lah penyambung Warisan Keluarga.

Kini tiba nya usia tua. Si isteri telah sampai saatnya tidak boleh bangun,tidak boleh bercakap,dan tidak boleh melakukan apa-apa sekali pun. Hanya terlantar di tilam dengan harapan kasih sayang dari suami akan kekal hingga ke akhirnya. Jelas sekali kasih sayang suaminya ternyata tidak pernah luntur.

Setiap hari akan di mandikan isterinya. Setiap hari makanan akan di suap kan.Si suami tidak pernah mengeluh. Baginya..isterinya telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sempurna di matanya. Syukur juga kerana mereka telah membesarkan anak2 yang tidak lupa pada jasa kedua orang tua. Anak2 silih berganti membantu menguruskan si ibu.

Sampai waktunya si isteri pergi buat selama lamanya. Tangisan anak2 kedengaran di setiap sudut. Si suami dengan tenang dan menerima pemergian itu dengan penuh redha. Setelah segalanya selesai…si suami tersenyum.

Senyuman si suami bukan kerana ada nya peluang untuk berumahtangga sekali lagi. Tetapi senyuman si suami itu tadi kerana ….beliau telah menunaikan janjinya akan memberikan kasih sayang sepenuh hati dan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin hingga ke akhir hayat.💚

LOVE TILL JAANNAH❤