Watch “Kuliah” on YouTube

Advertisements

As Salam.

Assalamualaikum sahabat yg dirahmati Allah semoga Allah sentiasa meredhai kita semua diampunkan segala dosa dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat dan dijauhkan dari nerakanya.Aamiin

ْSayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “lima jenis doa yang akan diterima secara khusus, doa seseorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindakan balas, doa orang yang menunaikan haji selagi dia belum kembali, doa seorang mujahid selagi dia belum pulang, doa seorang yang sakit selagi dia tidak sembuh dan doa seseorang untuk saudaranya di luar pengetahuan saudaranya itu,” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Antara kesemua doa itu, doa yang paling cepat diterima ialah doa seseorang untuk saudaranya di luar pengetahuan saudaranya.”
(Baihaqi)

Sayyidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiga doa diterima secara khusus dan tidak ada sebarang syak dalam penerimaan doa-doa ini, doa seorang bapa (untuk anak-anaknya), doa seorang musafir dan doa seorang yang dizalimi.”
(Abu Daud)

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين ْ