As Salam.

Assalamualaikum sahabat yg dirahmati Allah semoga Allah sentiasa meredhai kita semua diampunkan segala dosa dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat dan dijauhkan dari nerakanya.Aamiin

ْSayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “lima jenis doa yang akan diterima secara khusus, doa seseorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindakan balas, doa orang yang menunaikan haji selagi dia belum kembali, doa seorang mujahid selagi dia belum pulang, doa seorang yang sakit selagi dia tidak sembuh dan doa seseorang untuk saudaranya di luar pengetahuan saudaranya itu,” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Antara kesemua doa itu, doa yang paling cepat diterima ialah doa seseorang untuk saudaranya di luar pengetahuan saudaranya.”
(Baihaqi)

Sayyidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiga doa diterima secara khusus dan tidak ada sebarang syak dalam penerimaan doa-doa ini, doa seorang bapa (untuk anak-anaknya), doa seorang musafir dan doa seorang yang dizalimi.”
(Abu Daud)

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين ْ

Janji.

Assalamualaikum

*Kisah Suami Isteri-Hingga Ke Akhir Hayat*

❤Sebelum berumahtanga mereka tidak pernah bercinta. Hanya sekali pernah bersua muka. Setelah tahu si gadis itu anak siapa.

Si pemuda segera memberitahu pihak keluarga. Akhirnya pinangan di terima. Setelah itu tibalah masa mereka hidup berumahtangga.

Segala cabaran hidup di hadapi bersama. Susah senang di lalui bersama tanpa sedikit pun keluhan. Bahkan pasangan ini bersyukur dengan apa yang ada. Hidup lah pasangan ini hingga lahir lah sepuloh orang anak. Dengan sabar mereka membesarkan anak2 mereka dengan penuh kasih sayang.

Setelah sekian lama. Anak anak pasangan ini telah meningkat dewasa. Hingga kesemuanya telah selamat berumahtangga. Dan kini pasangan ini menikmati saat2 kegembiraan bersama cucu- cucu tersayang. Cucu2 nya ini lah penyambung Warisan Keluarga.

Kini tiba nya usia tua. Si isteri telah sampai saatnya tidak boleh bangun,tidak boleh bercakap,dan tidak boleh melakukan apa-apa sekali pun. Hanya terlantar di tilam dengan harapan kasih sayang dari suami akan kekal hingga ke akhirnya. Jelas sekali kasih sayang suaminya ternyata tidak pernah luntur.

Setiap hari akan di mandikan isterinya. Setiap hari makanan akan di suap kan.Si suami tidak pernah mengeluh. Baginya..isterinya telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sempurna di matanya. Syukur juga kerana mereka telah membesarkan anak2 yang tidak lupa pada jasa kedua orang tua. Anak2 silih berganti membantu menguruskan si ibu.

Sampai waktunya si isteri pergi buat selama lamanya. Tangisan anak2 kedengaran di setiap sudut. Si suami dengan tenang dan menerima pemergian itu dengan penuh redha. Setelah segalanya selesai…si suami tersenyum.

Senyuman si suami bukan kerana ada nya peluang untuk berumahtangga sekali lagi. Tetapi senyuman si suami itu tadi kerana ….beliau telah menunaikan janjinya akan memberikan kasih sayang sepenuh hati dan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin hingga ke akhir hayat.💚

LOVE TILL JAANNAH❤

Sayang.

*Di sana MENANTI*/
*Di sini MENUNGGU*

Benarkah sayang ayah?
Benarkah sayang ibu?
Benarkah ingat ayah?
Benarkah ingat ibu?

🌴
*Sahabat yang dikasihi,*

*Kita sedang MENUNGGU* masa maut menjemput, sepertimana ayah dan ibu yg lebih dahulu pergi meninggalkan kita selama-lamanya. *Arwah ayah dan arwah ibu* kita di sana sentiasa *MENANTI* sesuatu dari kita yg masih hidup di dunia.

*Bicara mereka* terlalu jauh utk didengar, tapi amat mudah untuk dimengerti…

*Apa kata arwah ayah dan ibu yang bahagia di sana?*

🌴 *Anak-anakku…*

*..Kami bahagia di sini,* kerana kalian sentiasa *berdoa* agar kami diampuni dan disayangi Allah sepertimana kami lakukan terhadap ayah dan ibu kami dahulu.

🌴 *…Kami mewah di sini,* kerana kalian terus *bersedekah* dgn harta peninggalan kami dulu.

*Anak-anakku..*

🌴 *…Kami dihormati di sini,* kerana kalian terus menyampaikan *ilmu* yang kalian perolehi hasil pengajian yg kami biayai dulu.

🌴 *…Kami disayangi di sini,* bila kalian tetap menjaga *Solat* kerana ketegasan kami mengasuh kalian dulu.

🌴 *…Kami dilayan baik di sini,* kerana kalian sentiasa *berbaik laku* terhadap saudara, rakan dan jiran tetangga seperti yang kami lakukan dulu.

Benarlah kata Nabi SAW,

*”Bila mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan TIGA; anak soleh yg mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat*

🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴
🌴 *Sahabat yg dikasihi,*

*Apa pula kata arwah ayah dan ibu yang kecewa?*

*Jeritan mereka* terlalu jauh utk didengar, tapi terlalu mudah utk difahami…

🌴 *Anak-anakku…*

*…Kami merasa azab sengsara dan derita di sini,* kerana kalian melupakan kami dan *tiada kiriman doa* untuk kami.

🌴 *…Kami malu, terseksa dan kami miskin di sini,* kerana kalian tidak memanfaatkan harta peninggalan kami, malah saling pula kalian bertengkar kerana harta-harta itu.

*Anak-anakku..*

🌴 *…Kami d hina dan kami tidak dihargai di sini,* kerana kalian tidak memanfaatkan ilmu yang kalian dapati, hasil biayai kami dahulu.

🌴 *…Kami d azab dan kami dibenci di sini,* kerana kalian sering *meninggalkan Solat* persis seperti kami yg sering mengabaikan Solat, semasa kami sibuk memburu harta di dunia dahulu.

🌴 *…Kami malu dan kami terima seburuk2 layanan di sini,* kerana tingkah laku buruk kalian terhadap saudara, rakan dan jiran seperti juga kami yg sentiasa menyakiti mereka semasa hayat kami dahulu.

🌴 *Ya Allah, pulangkanlah kami ke dunia… pulangkan!!*

*Benarlah* firman Allah SWT:َ

*Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka DALAM KEADAAN MALU DAN HINA SAMBIL MERAYU, “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; MAKA KEMBALIKANLAH KAMI KE DUNIA SUPAYA KAMI MENGERJAKAN AMAL SOLEH* As-Sajdah:11
🌴 *Sahabat yang dikasihi,*

*Lazimkanlah* diri kita memanjatkan doa & menghadiahkn surah Al Fatihah untuk ayah dan ibu kita.

_Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan dosa2 kaum muslimin muslimat saudara seislam aku dan sayangilah ibubapa aku sebagaimana mereka menyayangi aku semasa aku kecil dahulu.

🌴……………. *Sayang Semua*